Thursday, 2 April 2015

KONSEP TAKAFUL


Terjemahan ayat2 dari Surah Al-Maidah sering digunakan untuk menghuraikan konsep takaful:



Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan jangan tolong menolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kamu keada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksanya.

Kematian pasti akan tiba. Hanya waktu, tempat serta sebab kematian sahaja yang kita tidak ketahui. Persediaan menghadapi kematian jika disertakan dengan persediaan tabungan untuk waris yang bakal ditinggalkan adalah sesuatu yang amat baik dan sangat digalakkan.Bangsa Melayu secara purata merupakan golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah yang terendah berbanding kaum Cina dan India. Jadi, jika setiap ketua keluarga menyediakan tabungan yang besar bagi waris apabila berlaku kematian, InshaAllah status ekonomi waris yang ditinggalkan akan meningkat.

Konsep tolong-menolong inilah yang menjadikan takaful unik berbanding insurans yang difatwakan haram pada 70-an lagi. Setiap pencarum yang mencarum atau istilah yang biasa digunakan dalam industri insurans adalah "premium", memasukkan sebahagian dari caruman mereka ke dalam tabungan yang dikenali sebagai dana Tabarru'. Sekiranya terjadi musibah yang dikenal pasti terlidung dalam polisi takaful, pampasan yang bakal diterima oleh penama dalam polisi adalah darina ini.




No comments:

Post a Comment